Listen-2-Quran

Showing posts with label jam english. Show all posts
Showing posts with label jam english. Show all posts

Monday, January 10, 2011

Jam cantik Ala~ala Inggeris




(A) Jam berkaki,sebelah kanan ini biasanya di letakkan atas meja , sesuai untuk perhiasan yang menampakkan lagi nombor masa bergerak pantas, kalau letak dekat kedai makan dekat pejawat awam, umpama paksa diorang semua makan laju-laju dan masuk keja
RM 130














(B) Di tepi sebelah kiri ini jam dinding, letak mesti lar dekat dinding, coraknya begitu, tapi menawan jika di padankan dengan warna oren, jika letak dalam bilik tidur nescaya anda akan tertidur dengan nyenyak, kerana dah sampai waktu tidur mestila tidur.RM89


(c) Ni pun antara jam sangkut di dinding,memang bagus ni, waktu tak pernah lewat dari biasa,tu pun kalau pakai bateri baru lar, kalau pakai bateri energiser lama, waktu dia tetap lewat dari biasa, jadi ganti lar bateri yang baru kalau tak mahu lewat pergi kerja. RM210

(D) Akhir sekali jam di bawah ini, ada lebih dari 2 kuntum bunga ros dalam jam ni, kalau tak cukup sila tambah dengan bunga segar, kalau nak bunga segar beli lar di kedai bunga berhampiran, kalau nak order bunga hidup dengan saya bukan tak boleh, nanti takut tak lama hayatnya, kalau bunga plastik boleh lar di carikan. Harga jam di bawah nih tak mahal cun cun jer RM89 tidak termasuk pos ke Semenanjung Malaysia RM7 dan Sabah Serawak RM10

Jam Dinding Konsep Inggeris


(A)

(B)




Walaupun sarat bercorak kesederhanaan perlu diutamakan.
MESKIPUN, tidak menetap di negara empat musim, penggemar gaya kedesaan Inggeris boleh mempraktikkannya di sini. Begitupun, sejauh mana pemahaman kita mengenai tema dan konsep penataan ini?

Benarkan keistimewaannya terselit melalui hiasan dalamannya yang berwajah ‘kusam’ (rustic)? Mungkinkah pada motif bunga yang menghiasi dinding, pintu, birai siling dan sebagainnya?Apapun, sebaik memilih penataan kedesaan Inggeris, pastikan panduan dan elemen asasnya dipenuhi membabitkan skim warna.


Tidak seperti kontemporari yang berumpankan warna pastel dan cerah, kedesaan Inggeris sebaliknya mengusulkan palet warna gelap. Lantai misalnya, menggunakan warna pekat coklat dan merah manakala dinding menyajikan putih yang mudah disuai padankan dengan sebarang corak. Motif flora lazimnya ditonjolkan pada langsir, kusyen dan alas meja. Palet warna yang diinspirasikan daripada musim luruh mengutarakan kesempurnaan gaya Inggeris.


(C)
(D)

Disini saya membawakan beberapa model atau contoh dari A,B, C dan D khas kepada peminat atau pengemar barang perhiasan yang berkosepkan Inggeris, setiap 1 daripadanya mempunyai 2 muka, dengan kata lain sekiranya kita memiliki jam ini kita membeli 1 jam untuk 2 sini jam, di depan dan di belakang jam dapat kita lihat. Harga untuk jam dinding ini RM210 sahaja tidak termasuk harga pos semenanjung Malaysia, RM7 dan ke Sabah dan Sarawak RM 10