Listen-2-Quran

Monday, December 1, 2008

Budaya kad kredit

Pada petang ni aku menerima panggilan dari mamat yang kononnya bekerja disebuah bank terkemuka..dia mengenalkan diri dia sebagai Haikal ni nama benar nih..dia nak cari pelangan baru utk pemegang kad kredit..hmm

ape yg istimewa sangat kad kredit?

Kad kredit adalah duit plastik ..tp dia mempengaruhi pengguna untuk berbelanja tanpa had..dan mereka ni mebiarkan pengguna supaya berasa senang jer tak yah susah2 kemudian baru cerita..tapi akibatnya amatlah hebat..

macam mana kad kredit berfungsi?

Kad ni berfungsi apabila kt mempunyai akaun bank dan kt mendaftar untuk menggunakan khidmat mereka. Kemudian mereka akan memberi pengguna no "id verification" dan "pasword" utk keselamatan.

pelik tapi benar?

Jika dulu kt perlu mohon sendiri melalui bank, tp dgn kecangihan teknologi sekarang mereka2 ni dapat segala maklumat kt dengan mudah, mereka mempunyai berbagai2 helah antaranya dapat menggunakan khidmat2 menempah hotel dgn kadar yg rendah, garenti di pulangkan semula duit jika khidmat tak baik, insurance dan berbagai2 lagi. apabila kita bertanya hal ini kepada pihak bank mereka kata tak de pun perkhidmatan macam tu..pelik jg sape dia agen2 ??

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas baru-baru ini telah membuat kenyataan bahawa seramai 153,676 orang diisytihar muflis sehingga bulan Februari 2007 kerana gagal menjelaskan hutang kad kredit. Tengok betapa mudah nyer nak muflis so ape tunggu lagi bertindak.

Manakala tunggakan pinjaman melalui kad kredit sehingga Disember 2006 pula berjumlah hampir RM20 bilion. Demikian juga kenyataan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit tentang sejumlah 13,596 pemegang kad kredit yang dikenakan tindakan muflis sepanjang tahun 2006. Perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ni sangatlah mengecewakan dan mendukacitakan seumpa along 2 berlesen.

Walaupun jumlah hutang tertunggak pemegang kad kredit ini dianggap sebagai tidak membimbangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin, iaitu kurang daripada lima peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman negara sebanyak RM500 bilion, namun bagi FOMCA, jumlah mereka yang muflis disebabkan oleh kad kredit amat membimbangkan. Nauzubillah , moga2 kita sentiasa beringat 2 dan sentiasa jg mengigatkan kawan 2 yang lain akan bahaya memiliki kad kredit ni.

bagaimaaaaaaaaaaaaaaana caj dikenakan?

Semuanaya mestilah dijelas kan setiap bulan, dan setiap bank akan mengenakan caj yang berbeza-beza dengan alasan mereka memberikan perkhidmatan yang selesa tanpa perlu mengeluarkan wang tunai tetapi apabila tertunggak caj akan di darab kan dengan hutang tersebut.

apa yang tak perlu?
  1. jika anda sudah memiliki kad kredit jangan tambah lagi atau nak lebih selamat dan bagus tinggalkan 1 jer.
  2. Jangan gunakan ia untuk pendahuluan duit...biasanya benda ni belaku di stesyen minyak di mana pelangan yg bawa lori akan mengambil duit advance dari kaunter dan mereka akan minta kaunter tambah nilai pada minyak yg dikena kan kepada mereka , sebabnya kad tu syarikat diorg punya bukan diorg punya(macam2 org nak menipu nih).
  3. Jangan bebelanja lebih dari kemampuan dalam sebulan.
  4. Dan apa yang paling penting sekali jangan biarkan bank meningkatkan jumlah yang kamu boleh berhutang.
kesimpulannya:-
  1. Nyatakan barang2 yang hendak dibelanjakan
  2. Beritahu atau berbincang dengan ahli keluarga apabila berada dalam kesimpitan wang seperti hendak membayar yuran pengajian bagi pelajar.
  3. Buat senarai tentang barang yang paling penting di beli dalam masa yang teredekat dan senaraikan juga senarai barang yang kurang penting.
  4. jelaskan segala hutang piutang secara istiqamah agar tidak terbeban dengan kadar faedah yang telah dikenakan oleh pihak bank.
  5. Ganti kredit card dengan cara menggunakan wang tunai sahaja untuk membayar segala keperluan.
  6. Jual barang kita yang tidak di perlukan di kedai terpakai.
rujukan lebih :-

http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang-undang/pendapat_henti_segera_promosi_kad_kredit.html
http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kewangan/kad_kredit.htm
http://www.practicalmoneyskills.com
http://www.mapping-your-future.org/features/dmbudget.html
http://www.nfcc.org/

No comments:

Post a Comment