Listen-2-Quran

Monday, January 3, 2011

Hentikan dengkuran anda



Awal tahun ini aku mendapat penyakit berdengkur di kala tidor, bunyi dia jangan tanya lar, dari bilik sampai halaman rumah boleh dengar..hmm terasa hairan juga mengapa terjadi dekat diriku ini, kalau masa belajar dulu boleh lar di ibaratkan penat seharian belajar, ini banyak masa di habiskan depan laptop pun penat ke..rupa-rupanya berdengkur ni ada pelbagai faktor, dan di sini mari kita berkongsi apa faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu berdengkur:-

1.buat senanman otot-otot kerongkong dan rahang-- Pernafasan akan menjadi lebih mudah jika anda memastikan otot di bahagian leher,kerongkong sentiasa didalam keadaan baik atau selesa. Amalkan tabiat menarik nafas panjang bagi melapangkan laluan pernafasan anda dan ini dapat mengurangkan sedikit risiko ia tersumbat semasa anda tidor.

2. URutt--- Rehat yang secukupnya boleh mengendurkan otot-otot tubuh yang tegang dan memberi anda tidor yang lebih nyenyak. Jadi sentiasa lar dapatkan urutan kerana ia dapat mengurankan ketegangan dan tekanan pada otot-otot utama yang menjadi punca tidur kurang nyenyak

3. Alahan--- banyak yang tak perasan atau saje wat-wat tak perasan benda ini, alahan juga menjadi faktor utama penyumbang kepada tidor bedengkur, sila pastikan cadar dan selimut bersih dari habuk dan hama. Kalau banyak duit lagi pasang alat penapis udara sepanjang hari bagi mendapatkan udara yang segar dari ladang.

4. Guna pemeluk--- Keadaaan Postur tidur juga penting kerana tulang belakang anda perlukan sokongan pada kedudukan yang betul. Jika anda tidur dalam postur badan yang ideal, nescaya tidor anda dapat mengurangkan halangan pada saluran udara ke peparu dan nasal. Di nasihatkan untuk tidur mengiring dengan meletakkan bantal peluk untuk menyokong anda tidor pada posisi yang sihat

5. Makanan--- Ni juga penyebab yang ramai tak sedar, kadang-kadang mereka alah pada sesetengah makanan yang seterusnya menjadi punca halangan pada kerongkong dan saluran nasal. Sila semak jadual permakanan anda sendiri supaya tidak makan, makanan yang anda alah

6. Tarik nafas dalam-dalam--- Dengan menarik nafas dalam-dalam ia dapat membantu anda mendapat bekalan oksigen yang banyak dan rehat yang cukup. Kerana anda tidak berupaya mengawal pernafasan semasa sedang tidur, jadi lebih baik melakukan sedikit latihan pernafasan sebelum dan selepas bangun dari tidur. Cara ini dapat membantu anda berhenti berdengkur dan rasa lebih nyaman dan lebih fokus.

7. Periksa tonsil anda--- Pergi berjumpa pakar, yelah dah tak hilang juga penyakit dengkur ini, mungkin ada masalah lain atau halangan di kerongkong yang besar, entah-entah ada tulang ayam ker. Pembedahan boleh di lakukan bagi membuang tonsil tersebut agar anda tak menganggu tidor orang lain

8. Gemuk--- Kepada yang gemuk badan, biasanya akan mempunyai dengkuran semasa tidor, ini kerana banyak lemak terkumpul di sekitar kerongkong. Jadi turunkan berat badan ke berat badan yang sepatutnya. Bukan dengkuran je hilang, kesihatan lain seperti diet yang seimbang pun dapat juga serta lebih memikat bagi yg bujang lagi lar hehe..




No comments:

Post a Comment