Listen-2-Quran

Monday, December 20, 2010

Sejarah batik



Sejarah
Ini ada sedikit info berkaitan sejarah batik yang menjadi nadi kepada pembangunan ekonomi di pantai timur, sejarah dan warisan patut di kekalkan supaya ada nilai komersial nanti.

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.



Batik coklat kulit kayu, jenis sw, saiz XL dan XXL, harga Rm45.90


Friday, December 17, 2010

Batik Ekonomi


Baju sesuai di padankan di Majlis-majlis seperti:-

  • Majlis Perkahwinan / Pertunangan
  • Majlis Makan Malam
  • Pakaian Koir
  • Pakaian Korporat (Syarikat, Agensi Kerajaan, Sekolah dll)
  • Majlis Rasmi / Keraian dll.
selaras dengan keperluan kakitangan kerajaan yang mengayakan baju batik pada setiap hari Khamis, aku menawarkan baju batik lengan panjang pada harga yang ekonomi RM 45.90 dan kadar pos di kenakan sebanyak RM5 sahaja. Saiz terdiri daripada saiz xL dan XXL sahaja stok terhad sila sms jika berminat ke idil , 0177150766


Di bawah adalah contoh-contoh warna baju yang terdapat di dalam kedai online aku:-




Batik Entrepreneurs Encouraged To Produce More 1Malaysia Designs

KOTA BAHARU, Nov 9 (Bernama) -- The Malaysian Handicrafts Development Corporation''s (MHDC) Kelantan Branch is encouraging batik entrepreneurs in the state to produce more 1Malaysia batik to expand its market nationwide.

Its director, Khamis Yasin, said the 1Malaysia batik was designed in line with the government''s wish to unite Malaysians through the 1Malaysia concept.

He said "screen batik" was currently popular with batik enthusiasts in the country because besides its affordable price, it was also comfortable to wear.

He added that the corporation was looking for batik entrepreneurs with potential in producing such batik designs.



"At the moment we encourage batik entrepreneurs in Kelatan to take part in producing 1Malaysia screen batik which has a bright future in the market," he told Bernama at his office in Kampung Tunjung, near here today.

The MHDC research and development (R&D) division, he said, was in the process of adding more design varieties to the 1Malaysia Batik.


"It will consist of designs that symbolise the multi-racial Malaysian community," he said.

In addition to that, he said the corporation, through its subsidiary company was ready to become a distributor and find a marketing network to sell the handicraft nationwide.

-- BERNAMA

Thursday, August 26, 2010

takde duitlah.. betol..ko kan lebih kaya..




Jiran berniaga: Pakcik saya takde telefon, ha dia ni jual topup mesti ada telefon..
Si Penjual Topup: Oiit ko takkan lar takde tepon, mengarutlar

maka tanpa berkata sepatah Jiran berniaga bla gitu jer meninggalkan orang tua tersebut..

Si Penjual Topup: Pakcik nak tepon sapa pakcik
Pakcik : Nak tepon anak, mata pakcik dah tak nampak sangat, ( sambil kuarkan duit dari poket dia)

wadus zalim benar lar perbuatan jiran sebelah ni, mesti pakcik ni rasa malu sangat seperti di hina meminta sedekah Getus hati si Penjual topup..selepas buat panggilan pakcik tersebut nak bayar



Pakcik: Berapa?
Si Penjual Topup: Berapa Apa? tepon? hmm..tak payah lar pakcik, sy sedekah jer, pakcik doakan saya sihat dan maju dalam berniaga pun cukup.

Pakcik: Trimas nak, pakcik dari hospital, sambil dia bukak beg dia, tunjuk ubat dia amik dekat hospital..dah sebebat dah, ntah larat ker dia nak makan.
Si Penjual Topup: Senang-senang singah lar lagi.

kalau korang jumpa situasi gini korang wat apa? tergamak lar pulak ko usung pakcik yang tua bertongkat ni pergi kedai orang lain semata-mata korang lokek nak kuarkan handphone sendiri..sekurang-kurangnya tolong lar cakap bagi pihak pakcik ni dekat penjual topup, bro pinjam rm3 topup tuk ak..aku nak tolong pakcik ni call family dia ..amik dia kat sini.

Bulan Ramadhan ni, kita berbuatla amal ibadat, zaman Nabi dulu Thalhah, sahabat Nabi sedekeh kan kebun dia untuk dapatkan ganjaran sebesar gunung..kami takde duit ko lar ko kan niaga banyak duit ko tu..kita jangan tolak-tolak untuk tolong orang nih..orang yang fakir miskin pun boleh jer sedekah, sebab umat Nabi Muhammad ni setiap perbuatan yang baik tu sedekah, petuturan yang baik itu sedekah, beri salam itu sedekah, jangan lar cakap saya takde handphone pastu blah gitu jer..benda yang terbaik korang sedekah ni korang solat 2 rakaat jer time dhuha besar ganjaran dia.





Apapun itu harta korang, kalau korang tak ble guna, takde nikmatnya percaya lar setiap amal perbuatan yang baik tu akan di hitung oleh Allah. Hidup ni kita kena nikmati bukan kita jadi hamba kekayaan, cuma jangan lar korang sedekah sebarangan juga, jangan orang datang sihat tubuh badan korang sedekah juga, sekurang-kurangnya dia datang tu jual tisu ker, ni datang kedai pakai seluar pendek bawak sijil saya wakil dari rumah cacat sedunia nak minta bantuan, tadi aku tengok baik jer hisap rokok dunhill--Astrafirullah,apa cer bro!!--- ke sedekah untuk diri dia. Senang-senang jer dia nak kutip hasil orang, orang yang meminta gini aku tak gemar ada kekuatan tu berniaga lar ni minta sedekah.



Akhir kata, nikmatilar setiap kekayaan korang dapat..walaupun korang takde harta dunia, tapi korang tengok korang sihat tubuh badan dan kena keja sampai tua, ada orang umur muda-muda dah kena sawan tak leh gerak ker , kudung tangan ker, sakit kena tuju-tuju ker..bersyukur dan teruskan berdoa, kalau boleh doa tu tiap-tiap hari Ya Allah Jadikan kan lar aku Kaya Harta Wang Ringgit dan Sihat Tubuh badan. Minta-minta dan minta sesungguhnya Allah tidak akan mempersia-siakan doa hambanya

Wednesday, August 25, 2010

Sihat tapi tak malu tak pose




Jabatan Agama: Ni napa awak tak pose siang hari
Tak malu tak pose: i ada sebab tau tak pose
Jabatan Agama: Hah apa dia alasan kamu tu yang tak tau malu
Tak malu tak pose: Auw!! i kan pon pon
Jabatan Agama: Pon pon?
Tak malu tak pose: pondan lar En !!
Jabatan Agama: Alasan tak tak menghalalkan cara kamu tu, dah tanggung sendiri dosa, sekarang masuk van mayat ni, kitaorang nak malukan korang besar-besaran
Tak malu tak pose: please lar Encik saya terpengaruh rakan sebaya, saya anak yatim piatu
Jabatan Agama: Banyak lar ko, umur dah baligh! kawin nak pulak ikut Agama Islam, nak kawin 4, bab-bab puasa, sembahyang , zakat dan lain-lain tak mau. Mari ikut kt ronda-ronda batu pahat, nak best lagi kt bawak jalan-jalan tengok langit
Tak malu tak pose: wa ~wa~ wa jahat,,kamu orang jahat,,saya nak bawak ke muka pengadilan, ni kan negara demokrasi
Jabatan Agama: tak malu dah salah nak tarik kt pergi court..esok ko jawab dengan Pencipta Alam ni.




Semakin aku dewasa ni makin ramai aku lihat orang tak puasa..nape ak cakap diorang tak puasa..ala korang ni agak-agak lar nak bersangka baik pun besor mana batu pahat ni..jalan jem kul berapa..kalau dah orang beli kul 12 tengahari,kul 1 petang air + nasi+ kueh korang agak-agak diorg simpan ke sampai jam 7.30 malam.

Pada aku, hal ni patut pihak yang mengeluarkan lesen niaga bazar ramadhan atau gerai-gerai perlu pantau lar..atau pun pengusaha perlu ada rasa tanggungjawab juga, jangan jual kepada mamat-mamat jantan nih, sebab korang menggalakkan diorang membeli. Cuba cakap saya yang berani mengaku saya tak pose sebab saya sendiri.. mesti diorang cakap saya tak pose sebab tak tahan lar penat keja, air batu jual depan mata pulak, macam teringin lar nak minum..takut kempunan pulak nanti.



Apa pun baik kepada pembeli dan penjual dan orang yang kuarkan lesen korang jalan kanlah amanah yang telah ALLAH beri..bulan ramadhan ni bulan untuk bertaubat dan gandakan amalan bukan gandakan maksiat! kalau betul korang keja teruk pun masak lar dekat umah ker sekurang-kurangnya tak lar mengalakkan peniaga untuk meniaga berkobar-kobar datang kul 10 pagi bukak gerai niaga.



Peniaga pulak korang ni tau dah 9/10 tu rezeki datang dari meniaga..tapi jangan lar tolak agama kita nih..saya mana nak tau diorang pose ke tak..saya tak salah..eleh jangan beri alasan lar tak ble ke korang start niaga kul 4 petang ker ..time kul 3 tu kan orang kilang kuar keja. Apa pun korang tanggung segalanya..nak kaya? jangan sampai korang jadi kayap sudah lar..tak kemana kalau rezeki tak berkat nih.



Pihak berkuasa, jalan kan permantauan ke tempat yang korang kuarkan lesen, tu sahaja..aku ingat lagi time kecik-kecik belaja pose umur 5 tahun..telepek aku tepi peti ais,time aku tu takde lar ganjaran ni puasa penuh dapat RM RM RM tapi rasa macam seronok dapat makan ramai-ramai. Galakkan anak anda puasa walaupun anda kena gunakan RM RM RM, tu wajar sebab anak yang soleh je yang dapat doakan kita bila kita mati esok..hari ni kita sihat kita kata tak larat nak puasa, bila usia kita dah meningkat kita dah benar-benar tak berdaya dan tak dapat puasa, macam mana? sapa yang nak tolong kita..amalan apa lagi yang ada..cukup ker amalan tu masalah nya??pikir-pikir dan selamat beramal

Monday, August 23, 2010

beli Kuih raya? Ni raya lama lagi





Eh kan raya lambat lagi, baru je hari ke 10 puasa takkan nak beli kuih raya, ak rasa Rata-rata ayat ni biasa di dengari oleh orang-orang macam ak jer maklum lar aku penjual, kalau ak pembeli aku pun mungkin akan cakap benda yang sama, sebenarnya tak kurang juga yang suka membeli kueh raya pada awal puasa..kepuasan yang tak terkata ujar mereka seharian berpuasa lepas je berbuka puasa teringin nak pekena sarang semut pulak.

Pada pemerhatian aku sepanjang bulan ramadhan, inilah lar bulan yang terbaik untuk kita beribadat tambah amalan dan banyak sedekah,tak nafi jugak bulan ramadhan adalah permulaan yang terbaik untuk berniaga contoh macam dekat kedai aku letak macam-macam jenis kuih tapi sebagai permulaan aku jual setiap 1 jenis tu 1 jer, habis aku buat lagi untuk esoknya kalau nak buat semua tu memang lar larat tp ada lah beberapa jenis..harga aku jual RM23 , hantar dalam bandar batu pahat percuma je..negeri lain guna poslaju senang .






Kadang-kadang kita jumpa orang dalam situasi yang macam-macam :

situasi 1)
Ni sample ker..ak cakap dak aih mokcik ni bayaq terus ngap jer
situasi 2)
Saya nak pinjam lar bawak balik uma tunjuk dekat hubby kalau jadi esok datang bayaq

Kekedang nak tegelak aku dengan kerenah diorang yang ada juga tak munasabah tu..apa kan daya "customer" kena layan tak beli pun takpe yang penting pada aku diorang datang tengok apa yang aku ada jual esok-esok time anak cucu aku niaga diorang terus je tuju kedai TElco & pOsT tongkang Pechah ..kan senang tak payah aku buat iklan dalam surat kabar ..dah jimat kos untuk anak cucu cicit aku.


kalau dekat bp walk tu ramai betul peniaga kuih raya, aku je yang tak pernah join, kekadang seronok gak jalan-jalan kita ble tinjau strategi orang ni dan aplikasikannya, yela depan kedai aku dah ada bazar ramadhan kan lebih baik aku dok jaga kedai jer dari pada aku menyewa tapak kat bp walk..ak rasa 1 hari kalau takde rm30 ker memang menangis lar haha..tapi korang jangan berperasangka begitu, kepada yang ada modal besar dan nak tangkap "customer" dengan cepat nih korang kena keluar dari kedai sendiri..kalau takde kedai pun ble niaga gak ble jer bukak bonet keta ker dan sebagainya lar guna lar segala kekretifan yang ada. Janji time solat korang stop arr solat dan kuar kan zakat fitrah tu jgn lupa okay :)kalau nak kuih raya contact lar aku dlm fb tak pun datang terus ke telco n Post tongkang pechah




Sunday, August 22, 2010

suka bila ada jam dekat tangan




Korang ingat tak masa time kecik2 jenis apa jam tangan korang dapat, aku dah tak dapat ingat dah, cuma apa yang ak ingat jam tangan tu ble lar kuar lampu kelip2 warna warni lagi..hayat dia tak lar lama sangat pun lbh kurang seminggu jer..haha nak macam mana kan nama pun budak lagi so ak tengok cam cantik jer teringin nak ada api lebih besar ak letak sebelah lilin, pengabis jam terbakar haha

Tahun ni bulan ramadhan kena pada bulan ogos, bulan kemerdekaan ni dan menurut ramalan cuaca kita kena musim hujan , best woo hujan tak lar letih sangat, aku ni jenis yang tak berapa tahan panas cepat letih jer, tapi tak lar alsan untuk tido pulak aku gunakan sebaliknya time ni aku manfaatkan dengan belajar ilmu perniagaan dan membaca lebih banyak.



Cakap pasal niaga ni kepada sesiapa yang nak baiki jam ker atau nak ganti bateri ker bole lar datang kedai aku dekat telco & post tongkang pechah, batu pahat johor. Datang bawak lar jam tu kan ak caj RM8 jer tak mahal sangat kalau agak2 jam tu besar macam jam tangan dinding tu ak bagi bateri energizer jer senang kan hidup nih hehe. lain-lain tu kedai aku ada lar niaga kain telekung, kain ihram haji, songkok raya, kuih raya dan istimewa frozen food lar



Dan kepada yang nak beli jam ker bole juga request nanti aku tempahkan jam nya ak bagi special punya harga dia. Sebab aku tau korang beli jam mesti pakai sekali jer seumur hidup. Jarang orang zaman sekarang ni berganti-ganti jam tangan kecuali dia banyak duit jer. Tahun ni aku beraya dengan jam tangan ni..cuba teka berapa harga dia hehe lama wo kumpul duit nak beli dia nih tapi kalau ada yang nak beli ble je ak tolak lar harga kawan-kawan terutama kawan dalam fb.



Friday, August 20, 2010

Suka Seloka Peringatan




Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong




Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung




Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan


Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat


Wednesday, August 18, 2010

Menyahut seruan mengibarkan Jalur Gemilang




Pagi-pagi lagi dah terpikir mana lar aku nak cari Bendera Malaysia dengan Bendera Negeri Johor ni..ak kena lar cari pasai ak dok jaga kedai, karang kedai kena saman dengan Majlis Perbandaran Batu Pahat baru lar padan dengan muka ak ni huhu .. berbekalkan satu azam tak nak kena saman dan memeriahkan lagi bulan Kemerdekaan ini ak selongkar rumah aku lepas semua orang takde..

Hasil nya dapat lar ak 2 bendera baru ..wah mujur bapak ak rajin membeli dan menyimpan tidak mana agaknya ak nak pergi cari bendera ni pagi-pagi, biasanya orang jual dekat shoping complex ..tp ak kan penjimat orangnya jadi ak cari kat uma dulu..haha senang kan hidup ak nih.



Lepas je ak bungkus Popia Otak-otak utk tempahan semalam terus ak pecut kereta hantar order dan memulakan aktivi harian ak BUKAK KEDAI!~~ sepanjang pejalanan ak dari bandar batu pahat ke tongkang pechah.. em tak ramai lagi pemilik premies yang mengantungkan diorang punya bendera hmm maybe diorang pun ada kes sama cam ak tengah pikir mana lar nak dapatkan bendera nih..terlupa nak pasang time-time bulan kemerdekaan dan perlbagai-bagai alasan yang tak munasabah kalau ble jadikan alasan tu nak bubuh lar dan apabila dah sampai kedai tu ak tepikir-pikir macam mana nak gantung bukan kata kayu takde tangga nak panjat pun takde adoi yaaa.




Pengabis ak rasa ak guna jelah apa yang ada dalam kedai ak nih tali, bangku, kunci dan gunting. Haa apa lagi buat je lar sekretif yang boleh yang penting bergantung, bukan ada nak bagi kredit ker dapat anugerah dekan ker, letcerur puji melambung-lambung ker haha yang penting siap selagi tak buat bendera tu dok tang tu lar juga, bukan ada sapa nak tolong pasang..apa yang penting kerja sama --(mana ada orang pun nak tolong) dengan lafaz bismillah ak terus wat jer dan tak sampai 10 minit ak wat keja dah siap.



Jadi sebagai cenderahati ak letak lar kat tengah-tengah tali tulisan TOP UP ala dah keja ak jual topup takkan nak letak kat bawah kerusi kan baik letak tengah-tengah. Dan ak tarik-tarik sikit lar supaya bendera ni tak melindung apa yang ak dah tampal dekat depan kedai ak seperti ada jual frozen food dan Poslaju kat sini