Listen-2-Quran
Wednesday, August 25, 2010
Sihat tapi tak malu tak pose
Jabatan Agama: Ni napa awak tak pose siang hari
Tak malu tak pose: i ada sebab tau tak pose
Jabatan Agama: Hah apa dia alasan kamu tu yang tak tau malu
Tak malu tak pose: Auw!! i kan pon pon
Jabatan Agama: Pon pon?
Tak malu tak pose: pondan lar En !!
Jabatan Agama: Alasan tak tak menghalalkan cara kamu tu, dah tanggung sendiri dosa, sekarang masuk van mayat ni, kitaorang nak malukan korang besar-besaran
Tak malu tak pose: please lar Encik saya terpengaruh rakan sebaya, saya anak yatim piatu
Jabatan Agama: Banyak lar ko, umur dah baligh! kawin nak pulak ikut Agama Islam, nak kawin 4, bab-bab puasa, sembahyang , zakat dan lain-lain tak mau. Mari ikut kt ronda-ronda batu pahat, nak best lagi kt bawak jalan-jalan tengok langit
Tak malu tak pose: wa ~wa~ wa jahat,,kamu orang jahat,,saya nak bawak ke muka pengadilan, ni kan negara demokrasi
Jabatan Agama: tak malu dah salah nak tarik kt pergi court..esok ko jawab dengan Pencipta Alam ni.
Semakin aku dewasa ni makin ramai aku lihat orang tak puasa..nape ak cakap diorang tak puasa..ala korang ni agak-agak lar nak bersangka baik pun besor mana batu pahat ni..jalan jem kul berapa..kalau dah orang beli kul 12 tengahari,kul 1 petang air + nasi+ kueh korang agak-agak diorg simpan ke sampai jam 7.30 malam.
Pada aku, hal ni patut pihak yang mengeluarkan lesen niaga bazar ramadhan atau gerai-gerai perlu pantau lar..atau pun pengusaha perlu ada rasa tanggungjawab juga, jangan jual kepada mamat-mamat jantan nih, sebab korang menggalakkan diorang membeli. Cuba cakap saya yang berani mengaku saya tak pose sebab saya sendiri.. mesti diorang cakap saya tak pose sebab tak tahan lar penat keja, air batu jual depan mata pulak, macam teringin lar nak minum..takut kempunan pulak nanti.
Apa pun baik kepada pembeli dan penjual dan orang yang kuarkan lesen korang jalan kanlah amanah yang telah ALLAH beri..bulan ramadhan ni bulan untuk bertaubat dan gandakan amalan bukan gandakan maksiat! kalau betul korang keja teruk pun masak lar dekat umah ker sekurang-kurangnya tak lar mengalakkan peniaga untuk meniaga berkobar-kobar datang kul 10 pagi bukak gerai niaga.
Peniaga pulak korang ni tau dah 9/10 tu rezeki datang dari meniaga..tapi jangan lar tolak agama kita nih..saya mana nak tau diorang pose ke tak..saya tak salah..eleh jangan beri alasan lar tak ble ke korang start niaga kul 4 petang ker ..time kul 3 tu kan orang kilang kuar keja. Apa pun korang tanggung segalanya..nak kaya? jangan sampai korang jadi kayap sudah lar..tak kemana kalau rezeki tak berkat nih.
Pihak berkuasa, jalan kan permantauan ke tempat yang korang kuarkan lesen, tu sahaja..aku ingat lagi time kecik-kecik belaja pose umur 5 tahun..telepek aku tepi peti ais,time aku tu takde lar ganjaran ni puasa penuh dapat RM RM RM tapi rasa macam seronok dapat makan ramai-ramai. Galakkan anak anda puasa walaupun anda kena gunakan RM RM RM, tu wajar sebab anak yang soleh je yang dapat doakan kita bila kita mati esok..hari ni kita sihat kita kata tak larat nak puasa, bila usia kita dah meningkat kita dah benar-benar tak berdaya dan tak dapat puasa, macam mana? sapa yang nak tolong kita..amalan apa lagi yang ada..cukup ker amalan tu masalah nya??pikir-pikir dan selamat beramal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment