Listen-2-Quran
Tuesday, August 17, 2010
Kempen Kibar Jalur Gemilang
Bendera Malaysia telah diberi nama JALUR GEMILANG oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4, pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan yang ke-40 di Dataran Merdeka.
Tahun ini Hari Kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadhan. Dan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan 2010 telah di lancarkan pada 1 Ogos 2010 di Kangar Perlis oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53.
Oleh yang demikian, sebagai ingatan kepada pemilik premise-premise perniagaan atau kilang jangan lupa mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Johor di semua jabatan/ agensi , bangunan, jalan- jalan utama, premis perniagaan dalam kawasan bandar, bandar kecil dan pekan di seluruh negeri.
Sekiranya gagal berbuat demikian membolehkan tindakan undang-undang di ambil tanpa sebarang notis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment