Listen-2-Quran

Wednesday, April 28, 2010

Duit Berguni-guni






Banner 468 x 60


KUALA LUMPUR: Lakonan temberang seorang doktor ‘propa’ terbongkar selepas siasatan mendapati suspek sekian lama menyalahguna kerjaya untuk bergiat sebagai pengedar pil khayal Dormicum kepada penagih dadah.
Tambah mengejutkan doktor lelaki berusia awal 30-an terbabit sengaja menampal keratan akhbar berhubung kesan negatif pil psikotropik bertujuan menunjukkan seolah-olah dia bersih daripada gejala pengedaran pil khayal berkenaan. Difahamkan hasil kegiatan menyelewengkan pil khayal itu, doktor terbabit memperoleh pendapatan sehingga RM60,000 sebulan. Berita lanjut klik sini

Begitular resam dunia yang semakin haru biru ini, dek kerana tamakkan duit dan nak kejar duniawi semata-mata mereka yang bepelajaran pun dah semakin hilang akal sama, sehingga tergamak merosakkan masyarakat yang sudah sedia rosak itu. Sepatutnya mereka ini berusaha bersama-sama masyarakat sekeliling untuk membasmi gejala penagihan dadah yang semakin mendapat tempat di hati para remaja, bapak remaja dan boleh jadi datuk kepada remaja.



Bahana dadah ni bukan sahaja dapat merosakkan minda si penagih bahkan menjadikan masyarakat kita menjadi lumpuh, mana tidaknya mereka lebih gemar hisap atau menagih tapi bila kerja malas, tak di nafikan ada yang mencari duit sendiri, cuma ia tetap salah kerana perbuatan itu hanya merosakkan diri sendiri bukankah ALLAH tu telah berkata bahawa dia suka muda-mudi yang kuat beribadah kepadanya. Habis kalau dah asyik dengan perbuatan tidak berfaedah tu bila masa dia nak kerjakan solat. Tentu sekali banyak kali tak buat.



Eh saya boleh qadaq lar sembahyang? Apakah si penagih dadah ni tak pernah dengar 4 kali takbir tu dapat menggantikan solat yang di tinggalkan di awal waktu..jawapannya belum tentu lagi dapat di terima oleh ALLAH. Tambahan lagi, perbuatan si penagih ini sudah tentu mendatangkan kekecewaan kepada keluarga mereka, ibu bapa mereka..mereka lupa ker syurga itu di bawah telapak kaki ibu? apabila derhakanya anak adam itu kepada ibubapa mereka sudah tentu mereka di balas di dunia serta merta atau pun "CASH AND CARRY"



Sebagai renungan bersama, kita harus hidup bermasyarakat, macam mana nak bermasyarakat? kerap-kerap lar hadir ke masjid. Ala orang masjid semua cengih-cengih malas lar, memang lar begitu sebab kadang-kadang mereka ni berusaha nak jadi orang baik, kita lar kena bentuk suasana di sana supaya lebih mesra alam. Rasulullah pernah di tanya oleh Abu Hurairah, apakah amalan yang baik untuk masuk SYURGA, maka jawab Rasulullah, hendaklah kamu taat kepada ibu bapa, menyampaikan salam, dan jihad di jalan ALLAH ( Jika terkurang saya akan edit lagi).((Petikan dari syarahan Ustaz Zahazan))

No comments:

Post a Comment