Listen-2-Quran

Wednesday, April 21, 2010

Jauhi Zina





Banner 468 x 60

Keruntuhan akhlak di kalangan remaja negara kita semakin serius bermula daripada isu pencabulan, rogol, melacur , buang bayi dan di akhiri dengan membuang bayi yang baru di lahirkan. Perkara ini pernah berlaku di kala zaman jahiliah, namun adakah dengan segala kecanggihan dan kemudahan mengakses ke jalur lebar internet yang mesti bertanggungjawab di atas semua kesalahan ini? mungkin juga jawapannya YA!! Kemudahan Internet atau jalur lebar yang ada kini telah mengakibatkan remaja-remaja kita berundur bukan setapak dua bahkan menempah jalan ke neraka.


Akan tetapi sekiranya para remaja ini memiliki iman yang mantap mereka bukan sahaja dapat mengelak dari melakukan perkara terkutuk itu bahkan memajukan diri mereka ke hadapan seiring dengan kemajuan yang telah di kecapi mereka. Oleh sebab itu Islam menyarankan kita sentiasa bermunajat dan berdoa kepada ALLAH supaya di berikan taufik dan hidayat atas setiap perkara dan memohon ilmu yang bermanfaat. Disini kita ambil contoh sebuah handphone yang memiliki aplikasi MMS..jika kita perhatikan kebaikan aplikasi ini adalah supaya dapat orang-orang OKU-Orang KUat Upaya ini berinteraksi dengan menggunakan bahasa isyarat..amatlah mengecewakan handphone yang canggih ini di gunakan untuk merakam aksi-aksi yang tidak senonoh dan di sebarakan melalui ruangan interent. Sapa yang harus di persalahkan ? tentulah diri sendiri.:)


Justeru itu ikutlah panduan atau hukum untuk berkahwin itu yang mana ia di kategorikan kepada 4 bahagian seperti di bawah:


Hukum berkahwin itu ada empat :

1. Wajib - Orang yang cukup belanja dan tidak dapat menahan nafsunya.
2. Sunat - Orang yang cukup belanja dan ingin berkahwin.
3. Makruh - Orang yang cukup belanja tetapi tiada keinginan berkahwin.
4. Haram - Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab.



Akan tetapi sekiranya mereka-mereka ini tidak mampu dari segi harta hendaklah berpuasa di siang hari bagi mengekang gelodak nafsu yang bergelora umpama ombak yang menganas ala-ala tsunami tu..sebagai kesimpulannya anda buat anda dapat!!



Bentuklah keluarga yang harmoni dan Jauhi zina!!

Renungan bersama jangan buat pulak..sila rujuk artikel berikut:
Pensil8hari dlm alat sulit




No comments:

Post a Comment