Listen-2-Quran
Monday, April 26, 2010
Stop Smooking & Get more luck not with luck struck but with ibadah!!
Rasanya dah terlalu banyak kempen berhenti merokok di war-warkan tapi rasanya sedikit cuma orang yang menyambut baik program yang di jalankan. Bahkan info bahaya merokok ini begitu mudah kita dapati kerana ia telah di labelkan di kotak rokok itu sendiri, Adapun kesan merokok hanya mendatangkan banyak keburukan berbanding dengan kebaikan. Namun hanya segelintir sahaja angota masyarakat kita sedar dan menyimpan azam yang tebal untuk meninggalkan tabiat gemar merokok ini.
Mereka lebih memetingkan tabiat merokok daripada melabur untuk simpanan dunia dan simpanan akhirat. Terkadang terpikir-pikir mengapa perokok ini tidak berusaha menghentikan tabiat merokok? Ada yang mengatakan dengan merokok dapat menghilangkan stress...nampak lebih macho...lebih ramai kawan...terhindar dari gigitan nyamuk dan pelbagai lagi alasan-alasan yang pelik-pelik lagi yang akhirnya "comfirm" tak mau berhenti pun.
Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan "stress". Antaranya ialah :
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
Adalah lebih baik perokok tegar ini menginfakkan harta mereka ke jalan-jalan ALLAH dengan memperbanyakkan sedekah. Kerana dengan bersedekah mereka dapat mendapat manfaat di dunia dan di akhirat ( 2 dlm 1 ).
Hadith Rasullullah s.a.w. :
1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)
2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)
3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)
Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
Kesan Budak-Budak bawah umur pula
- Terpengaruh untuk mencuba merokok
- Mencuri duit ibu bapa apabila telah ketagih rokok
- Memeras ugut kawan-kawan sekolah untuk mencari duit membeli rokok
- Mudah terpengaruh untuk mencuba pelbagai bahan-bahan terlarang seperti gam, ganja dan dadah atas alasan yang sama --stress!!
Bagi yang muda remaja umur dan pejalanan hidup masih panjang kenapa tidak duit yang di perolehi itu di gunakkan untuk keperluan lain seperti merancang masa depan, beli lar rumah ker, asb ker, insurance ker tak pun berkahwin ker kan lebih baik :)
p/s : Get more luck without Luck strike but with ibadah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment